Thursday, December 24, 2009

selagi bernyawa terus berjuang


"Ya Rabbi,aku telah berusaha,,,kenapa keputusannya tetap mengecewakan aku, di mana salahku sebenarnya"...

sepatutnya aku tidak boleh kecewa, tapi itu sudah jadi lumrah, perasaan itu akan hadir jika harapan yang dijunjung begitu tinggi.

kecewa dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 2009, tidak begitu baik dan tidak begitu buruk, sederhana sahaja.. tapi dalam dunia belajar sekarang siapa yang tidak ingin menjadi terbaik antara yang terbaik! keinginan yang setiap pelajar buru demi masa depan yang gemilang.

kejayaan yang aku ingin untuk membanggakan kedua ibu dan bapaku, rasa begitu bersalah sebab gagal menggembirakan mereka,memang kalau diingatkan dahulu keputusan setiap kali exam sangat cemerlang, tapi kini tidak lagi. Aku adakalanya termenung seorang diri mencari di mana salahnya cara aku menuntut ilmu, adakah ini ujian dariNya agar aku terus berusaha??? Ya Allah...

aku bingung, patutkah aku tukar sekolah dan tinggal di rumah? kini sekolah berasrama penuh, sistem pembelajarannya berbeza dengan sekolah harianku dahulu, aku perlu banyak berusaha sendiri. Mungkinkah aku kurang usaha? mungkin ya...

abah tetap bagi semangat, dia tahu anaknya boleh, InsyaALLAH...aku tidak akan hampakan harapan mereka dengan keputusan SPM 2010, aku akan berusaha dengan gigih lagi.

"Ya Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani,pimpinlah aku, jangan biarkan aku terus jatuh, sucikanlah hatiku agar mudah kumenerima ilmu, kurniakan aku rahmat kebijaksanaanmu, amin..."

~kepada yang sudi membaca, terima kasih... jika tidak keberatan, doakan kejayaanku dalam SPM 2010 nanti~

sehingga bertemu lagi, insyaAllah..

salam ukhwah,

-aaina-
24/12/2009~post terakhir tahun ini~

No comments: