Tuesday, December 15, 2009

inilah pengorbanan

Tahun 2009 semakin melabuhkan tirainya, terasa begitu pantas masa berlalu, telah banyak peristiwa pahit dan manis yang dirasai diriku dan setiap makhluk Allah di muka bumi yang semakin tua ini.Bagi mereka yang sentiasa mencari redhaNya, setiap perkara atau peristiwa dijadikan iktibar dan tauladan, mencari yang baik dalam kesilapan.

dalam tahun ini, banyak mengajarku erti kesabaran, kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan situasi baru di sekolah yang baru sahaja menjadi tempatku menimba ilmu bagi meneruskan pelajaran di tingkatan 4.Terasa begitu sukar ingin menyesuaikan diri, dengan ragam rakan-rakan baru yang adakalanya tidak enak didengar dan dipandang,kadang kala terasa ingin menangis, kesabaran sahaja yang menjadi kekuatan untuk terus berada di sekolah ini kerana aku sentiasa yakin Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

peluang belajar di sekolah ini memang amat dihargai, tidak semua pelajar memperoleh kelebihan sepertiku, tapi jika diikutkan hati sebenarnya aku tidak ingin meninggalkan sekolah aku dahulu, sekolah yang mengajarku erti hidup seorang remaja di alam sekolah menengah, yang mengajarku erti sebuah persahabatan dengan rakan seperjuangan dan guru-guru yang sentiasa menjadi tempatku meminta kasih dan sayang apabila ibu bapa ku berada jauh dariku... juga menjadi tempat pertamaku belajar berdikari dengan menjadikan asrama sekolah sebagai rumah keduaku.

alasan aku memohon sekolah berasrama penuh kerana tidak sanggup melihat kedua ibu bapaku berulang alik dari rumah ke sekolah dengan jarak jauh, dari Penang ke Perlis, tahun itu juga harga minyak naik dengan mendadak, lagi bertambah bebanan mereka. Setiap kali datang menjengukku, duit dihabiskan dengan membayar tol, minyak dan hotel tempat untuk bermalam.Sudah banyak kali, semua wang dikorbankan semata-mata kerana aku.Tiada dapat kubalas jasa mereka yang begitu besar, hanya sebuah kejayaan dalam pelajaranku menjadi hadiah buat mereka berdua.

asrama juga selalu ketiadaan air, jadi semua penghuni diarahkan pulang ke rumah apabila tiba hujung minggu, lagi menyukarkan aku.Tapi kerana rakan-rakan yang di anugerahkan oleh tuhan selama ini, punya hati yang ikhlas mengajakku bermalam di rumah. Mereka amat memahamiku, terima kasih akhawat sekalian...

dan apabila keputusan PMR keluar, aku berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran,Alhamdulillah.. berkat usaha dan doa, juga pengorbanan ibu bapa dan guru-guru yang tidak jemu-jemu membakar diri demi anak muridnya, ya.. jika hari ini perdana menteri memimpin sebuah negara, jika hari ini mereka berkuasa menakluk dunia, semuanya bermula dengan seorang guru yang sentiasa menurunkan ilmu...begitu besar pahala para pendidik.

setelah mendapat tawaran ke sekolah sains di Kedah, syukur kerana jarak aku dengan rumah semakin dekat, aku juga tidak perlu selalu pulang ke rumah.Jadi ini telah meringankan beban ibu bapaku.Tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk mengambilku, aku juga ingin pulang menaiki bas, tapi ibu tidak izinkan, katanya diluar sana bahaya.Maklumlah aku merupakan anak perempuan tunggalnya, mahu ingin dijaganya dengan baik...syukur..aku masih terpelihara dari dinodai mereka yang tidak serik-serik melakukan dosa dan zina.Dalam usia remaja ini, begitu banyak perkara yang diburui dengan nafsu semata-mata. Bagi mereka yang kuat iman, selamatlah maruah dan harga diri.Ibu memang hebat!sentiasa mendidikku dengan agama yang yang suci dan selamat ini...mananya tidak,anak lelaki mudah dijaga tapi sukar dididik, malahan anak perempuan pula mudah dididik dan sukar dijaga, itulah tanggungjawab ibu bapa dan amanah dari Allah untuk menjaga dan mendidik dengan baik.Susah juga ya berkahwin...hehe.Semoga sentiasa berada di landasanNya...

Hamba yang paling dikasihi oleh Allah ialah remaja yang sentiasa mengisi dirinya dengan ilmu yang berguna dan menjaga kehormatan serta imannya.

No comments: