Wednesday, May 5, 2010

banyaknya dugaan

Peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir, semakin itu juga dugaan datang tak henti-henti, Ya Allah..saat-saat inilah Kau beriku ujian seperti tidak sanggup aku hadapi walaupun aku tahu bahawa engkau tidak akan bebani aku sebegini jika Kau tahu aku tIdak dapat memikulnya,dan kini aku tetap hadapinya dengan penuh kesabaran .Dugaan apa yang melanda diri ini? ada beberapa, aku berasa kurang selesa setiap kali berada di dalam kelas,hal ini bermula apabila ada seorang lelaki menyatakan perasaannya terhadap aku? Ahh! itu semua hanya permainan jiwa, perasaan yang mungkin berubah-ubah seperti mana telah tercatat dalam kalam Allah" bagaimana bumi berputar, begitulah peredaran manusia". Seperti ibu kata" itu semua cinta monyet", aku harus kuatkan diri melawan semua ini.Tapi adakalanya aku rungsing, akan sebenarnya hati ini telah tertarik oleh seorang lelaki, lelaki yang belum pernah aku temui, sering kali berbicara tanpa suara, adakalanya aku sedikit"angau" tapi itu mungkin biasa bagi seorang yang bergelar remaja sepertiku.Adakah ini juga ujian? ujian yang membicara soal keimananku? Aku tidak henti-henti memohon agar hati ini tidak terus lalai dan khayal oleh semua ini, tidak hanya mengingati "si dia" yang sememangnya telah mengetuk pintu hatiku.

"Ya ALLAH, peliharah lah akan diriku sebagai seorang muslimah yang tidak lalai dari mengingatimu dan merindui syurgamu"

No comments: