Thursday, September 24, 2009

sekolah...asrama...sekolah balik



SBP................

"Sekolah Berasrama Penuh"

"Sekolah Budak Pandai"

"Sekolah Budak Periang"

"Sekolah Budak Pro"

"Sekolah Banyak Peraturan"

"Sekolah Bangunan Purple"

itu ialah sekolah aku sekarang
sekolah menengah sains pokok sena
bangga dapat belajar sekolah ni
bukan senang
tapi kalau yang baru masuk
ramai nak keluar
kenapa ya?

-aku tau kenapa-

jadual harian yang meletihkan...

0600: bangun pagi,0700:pergi sekolah,0715:perhimpunan,0730:mula PNP,1405:balik asrama,14.20:lunch,14.30:kemas diri,14.50:pergi sekolah,1515:prep,1630:balik asrama,1705:wajib riadah,1800:kemas diri,1830:dinner,1900:pergi surau solat jemaah,2100:pergi sekolah,2115:prep,2300:balik asrama,2310:supper,2325:baca surah al-Mulk,2330:light off.....................0200:waktu standard baru tido

esok mengantuk kat sekolah...

cuba bilang berapa banyak pergi dan balik sekolah...

siapa tak letih, jarak perjalanan dari asrama ke sekolah 400 batang tiang!



imbas kembali kehidupan seharian di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad(Kluster)

0630:bangun pagi,0720:pergi sekolah,0730:perhimpunan,0800:start PNP,1500:balik asrama,1515:lunch,

aku paling suka waktu ni..jam 1530: pelajar bebas melakukan aktiviti masing-masing antaranya mandi lama-lama, sembang ngan kawan, siapkan homework sendiri, ulang kaji pelajaran...(waktu ni aku suka study sebab tak bising) atau.........tido sampai maghrib!

*prep petang tak wajib, riadah pon tak wajib........solat jemaah kat surau pun tak wajib bagi putri.
bahagia aku disini.macam dok rumah sendiri walaupon tak suka balik rumah...

2100: wajib prep malam(bilik prep bawah dorm tu je),2300:supper,2315:roll call( senior atau warden start berleter)
2330:light off,0001:dah tidur...

kat asrama dulu bilik prep setiap form, tapi aku ada bilik study sendiri sebab aku tak boleh belajar kalau bising, tengok la result aku sekarang lingkup..bilik tu ada bilik air,toilet( sambung ngan dorm sebelah), ada locker(baju aku sume ada kat situ, locker dlm dorm aku kosong), meja study yang besar, tilam...
bilik tu macam bilik aku sendiri, bila balik je dari sekolah aku terus masuk bilik tu, study situ,solat situ, mandi situ..sebab sume baju  aku da kat situ, siap dengan iron skali..kadang2 malam tido kat situ sampai pagi(stay up sorang2) walaupon sebelah bilik study tu rumah warden kosong yang selalu terbuka pintu dia malam2,aku la yang tolong tutup..nanti orang yang lalu kat situ takut pulak..huhuuhu, aku bukan nak bangga diri tapi aku tak penah pikir pelik2 kala malam menjelma.tapi alhamdulillah aku tak penah jumpa makhluk2 yang 'unik' sampai sekarang.....

bila tiba hujung minggu, pagi2 suka berdiri kat koridor tingkat 3, tengok sawah padi,matahari terbit....kadang2 keluar asrama jogging kat kawasan sawah padi tu, lalu kampung orang...cantik sangat..sejuk je,lepas tu outing kangar..lebih suka outing sorang2..tak serabut mengekor kawan lain..bila dah petang, keluar asrama beli makan kat kafe roadside( org panggil burger bundle)mahal tapi sedap siot..dah nak senja, suka berdiri kat koridor lagi, tengok matahari terbenam dengan sawah padinya..cantik2,kalo nak dekat exam..study gila2, kalo tension..keluar asrama,,jalan sorang2, pergi kedai ke, tengok org men bola(padang bola sebelah tu je) atau bersiar-siar kat kawasan kampung dekat situ...

itu la untungnya asrama bukan dalam sekolah..kadang2 balik skolah tahan bas pergi kangar dulu petang tu baru balik(fly)..warden tau mampos la..tp payah kantoi..alah,warden yang baik, tau aku bawa henset tapi tak rampas pon sebab aku pelajar cemerlang yang tak leka dengan henset(gi pon umah aku jauh..)

kawan baik....ayuni najwa, arnong vaneeda,sunissa,haryanti,lyn,adila,masliza...
diorang ni la tempat aku merapu,merepek,mengarut,meluahkan perasaan dan sentiasa menyokong apa yang aku buat...

sana macam satu family..tak kira dari form 1 hingga form 5, kenal semua..macam adik beradik,walaupun tak sebaya,tak de nak benci2 senior atau jenior..sebab tu ramai couple berlainan usia...kalo sebaya tak layan sangat..aku pon tak penah minat yang sebaya, sampaila aku masuk skola pepel ni..pertama kali minat kawan sebaya...kenapa ya?

hmm..rindu mereka semua,rindu cikgu...
tapi tu la..mana ada yang kekal dalam dunia ni..
dan aku sangat menghargai peluang belajar di sekolah sains
kawan-kawan support la aku sentiasa....



orentasi 2009 asrama tok syeh
basah kuyup kena sembor
-dalam kenangan-

No comments: